XpDc sErIkAnDi HeWi

Isnin, 28 Mac 2011

0 comments

PeSeRtA xPdC sErIkAnDi


pRoAkTiF,pRoGrEsIf,PoSiTiF




pElAkSaNa PrOgRaM


MuSlImAt PoWeR






















XpDc sErIkAnDi bEsT.....

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

JoM PaKaT SeRtAi EkSpEdIsI SeRiKaNdI

Khamis, 10 Mac 2011

0 comments
TaRiKh : 24,25&26 MaC 2011
HaRi : KhAmIs, JuMaAT & SaBtU
TeMpAt : GuNuNg JeRaI yAn KeDaH
AnJuRaN : hAl EhWaL sIsWi ( HEWI )
MaJlIs PeRwKiLaN mAhAsIsWa sEsI 2010/2011
KoLeJ uNiVeRsItI iNsAnIaH.
YuRaN : RM 30.00
TeMa : " PROAKTIF, PROGRESIF, POSITIF "

AtUcArA eKsPeDeSi SiSwI
KhAmIs

2.00 ptg : pEnDaFtArAn
3.00 ptg : BeRtOlAk Ke GuNuNg JeRaI
4.30 PTG : TiBa Di TaPaK dEsTiNaSi
4.45 ptg : SoLaT aSaR bErJeMaAH
BaCaAn Ma'ThUrAt
5.30 ptg : PeRaSmIaN EkSpIdIsI sErIkAnDi
6.00 ptg : SeSi tAkLiMaT & AkTiViTi MeMaSaNg KhEmAh
6.30 ptg : MaKaN mAlAm
6.45 ptg : KhIdMaT DiRi
7.15 mlm : SoLaT mAgHrIb bErJeMaAh
BaCaAn YaSiN
SoLaT iSyAk BeRjEmaAh
9.00 mlm : XPDC sErIkAnDi 1
10.30 mlm : SuPpEr
10.45 mlm : BaCaAn Al-mUlK
11.45 MLM : MeLaYaRi BaHtErA mAlAm

JuMaAt

4.30 pg : QiAmUlLaI
6.00 PG : SoLaT sUbUh BeRjEmAaH
7.00 PG : AyUh.. CeRiAkAn PaGiMu
8.00 pg : SaNtApAn JaSmAnI
8.30 PG : TaKlImAt XPDC gUnUnG jErAi
9.00 pg : PeNgEmBaRaAn BeRmUlA
12.00 TgH : TiBa Di PuNcAk GuNuNg JeRaI
12.30 TgH : IsLaMiC iRoN cHeF
1.30 PTG : sOlAt ZoHoR bErJeMaAh
2.00 ptg : SuRvIvAl LuNcH
2.30 PTG : MeNiKmAtI kEiNdAhAn AlAm..
3.30 ptg : BeRkEmAs KeMbAlI kE tApAk PeRkHeMaHaN
4.45 PTG : SoLaT aSaR bErJeMaAh
5.00 ptg : KhIdMaT dIrI
5.30 pTG : CeRgAs BaDaN cErGaS mInDa
6.30 ptg : MaKaN mAlAm
7.00 ptg : KhIdMaT dIrI
7.30 pTg : SoLaT mAgHrIb BeRjEmAaH
8.30 MLM : SoLaT iSyAk BeRjEmAaH
9.00 MLM : XPDC sErIkAnDi 2
" SEDARKAH ANDA AKAN KEHEBATAN WANIAT?"
10.00 mlm : " WANITA KINI...... "
11.00 MLM : SuPpEr
11.30 mlm : MeLaYaRi BaHtErA

SABTU

5.30 PG : kHiDmAt DiRi
6.00 pg : SoLaT sUbUh BeRjEmAaH
BaCaAn Al-wAqIaH
7.00 PG : sENaMaN aRoBiK
8.00 PG : SaRaPaN PaGi
8.30 pg : KhIdMaT dIrI & mEnGeMaS bArAnG
9.00 PG : ReSoLuSi
10.00 pg : MaJlIs PeNuTuP XPDC
11.00 PG : BeRtOlAk PuLaNg Ke kAmPuS


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI:
LATIFAH 0194481792
AMIRAH 0199560724

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

ADAB-ADAB PERGAULAN

0 comments
Dipetik daripada Kitab Mau'izatul Mu'minin, karya Imam Al-Ghazali

Jika kamu ingin berbual secara baik dan sopan, maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini :

1.Hadapilah kawanmu atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan
dan kerelaan serta penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan sekali-kali kamu
menampakkan sikap angkuh, sombong dan berasa tinggi diri. Rendahkanlah dirimu
tapi bukan kerana perasaan kurang harga diri. Dalam segala hal, letakkan menurut
ukuran yang pertengahan, sebab sesuatu yang berlebihan dari segala macam perkara
itu pasti tidak baik dan tercela

2.Jangan gemar melihat di kedua sampingmu, kanan atau kiri. Jangan pula banyak
menoleh ke mana-mana. Jangan pula terlampau tajam memandang orang lain. Jikalau
engkau duduk, maka janganlah seolah-olah sebagaimana orang yang tidak tenang
duduknya dan seperti orang yang hendak melompat-lompat sahaja.


3.Usahakanlah supaya dudukmu itu sentiasa tampak tenang, kata-katamu selalu teratur
dan tertib. Dengarlah hati-hati percakapan orang yang ada di mukamu, tanpa
menunjukkan kehairanan yang amat sangat. Jangan pula engkau biasa meminta orang
lain mengulangi perbicaraannya. Jikalau ada hal-hal yang mentertawakan, maka
diamlah secepat mungkin.


4.Janganlah dalam bercakap-cakap itu engkau membanggakan dirimu sendiri,
anak-anakmu, rambutmu, karangan-karanganmu atau apa sahaja yang engkau anggap
suatu keistimewaan dalam dirimu atau keluargamu.


5.Jikalau engkau berdebat, pegang teguhlah kesopanan. Janganlah engkau dianggap
manusia yang bodoh dan tolol oleh orang lain, terutama oleh lawanmu. Jauhkanlah
sikap tergesa-gesa, fikirkanlah masak-masak hujah atau bantahanmu. Jangan sesekali
berisyarat dengan menggunakan tangan dan jangan pula suka menoleh ke belakang.
Jikalau engkau sedang marah, diamlah dulu dan setelah reda kemarahanmu,
ucapkanlah isi hatimu dengan baik.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Kenali Nabi Muhammad S.A.W

Isnin, 28 Februari 2011

0 comments

Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam

Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam adalah nabi pembawa risalah Islam, rasul terakhir penutup rangkaian nabi-nabi dan rasul-rasul Allah Subhanahu Wa Ta’ala di muka bumi. Ia adalah salah seorang dari yang tertinggi di antara 5 rasul yang termasuk dalam golongan Ulul Azmi atau mereka yang mempunyai keteguhan hati (QS. 46: 35). Keempat rasul lainnya dalam Ulul Azmi tsb ialah Ibrahim Alaihissalam, Musa Alaihissalam, Isa Alaihissalam, dan Nuh Alaihissalam.

                                 Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam adalah anggota Bani Hasyim, sebuah kabilah yang paling mulia dalam suku Quraisy yang mendominasi masyarakat Arab. Ayahnya bernama Abdullah Muttalib, seorang kepala suku Quraisy yang besar pengaruhnya. Ibunya bernama Aminah binti Wahab dari Bani Zuhrah. Baik dari garis ayah mahupun garis ibu, silsilah Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam sampai kepada Nabi Ibrahim Alaihissalam dan Nabi Ismail Alaihissalam.
Tahun kelahiran Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam dikenal dengan nama Tahun Gajah, kerana pada tahun itu terjadi peristiwa besar, yaitu datangnya pasukan gajah menyerbu Mekah dengan tujuan menghancurkan Ka’bah. Pasukan itu dipimpin oleh Abrahah, gabenor Kerajaan Habsyi di Yaman. Abrahah ingin mengambil alih kota Mekah dan Ka’bahnya sebagai pusat perekonomian dan peribadatan bangsa Arab. Ini sejalan dengan keingin Kaisar Negus dari Ethiopia untuk menguasai seluruh tanah Arab, yang bersama-sama dengan Kaisar Byzantium menghadapi musuh dari timur, yaitu Persia (Irak).
Dalam penyerangan Ka’bah itu, tentara Abrahah hancur karena terserang penyakit yang mematikan yang dibawa oleh burung Ababil yang melempari tentara gajah. Abrahah sendiri lari kembali ke Yaman dan tak lama kemudian meninggal dunia.
Peristiwa ini dikisahkan dalam Al-Qur’an surat Al-Fîl: 1-5.
Beberapa bulan setelah penyerbuan tentara gajah, Aminah melahirkan seorang bayi laki-laki, yang diberi nama Muhammad. Ia lahir pada malam menjelang dini hari Senin, 12 Rabiul Awal Tahun Gajah, bertepatan dengan 20 April 570 M. Saat itu ayah Muhammad, Abdullah, telah meninggal dunia.
Nama Muhammad diberikan oleh Abdul Muttalib. Nama itu sedikit ganjil di kalangan orang-orang Quraisy, kerananya mereka berkata kepada Abdul Muttalib, “Sungguh di luar kebiasaan, keluarga Tuan begitu besar, tetapi tak satu pun yang bernama demikian.” Abdul Muttalib menjawab, “Saya mengerti. Dia memang berbeza dari yang lain. Dengan nama ini saya ingin agar seluruh dunia memujinya.”


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Allah, RasulNya Dan Syurga Sebagai Motivasi

0 comments

Semua manusia memerlukan motivasi. Rasulullah juga diberikan motivasi dari Allah swt melalui Isra Mikraj. Di dalam Al Quran, Nabi Ibrahim memohon motivasi dari Allah dan dinyatakan permohonan Nabi Ibrahim dalam surah Al-Baqarah, ayat 260.

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِـي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن قَالَ بَلَى وَلَـكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي
Ertinya : "Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: ""Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati"". Allah berfirman: ""Belum yakinkah kamu?"". Ibrahim menjawab: ""Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)"". " ( Al-Baqarah : 260 )

Allah swt juga memberikan motivasi kepada hambaNya di dalam Al Quran di dalam surah Al Mutaffifin.

خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ
Ertinya : "tempat penamat yang harum semerbak kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba" ( Al-Mutaffifin :26 )  


Allah swt menggalakkan kita untuk terus bermotivasi dengan mendapat ganjaran syurga yang sangat indah di akhirat kelak yang kekal abadi. Ramai yang menyedari tentang motivasi ini, tetapi hanya sebahagian dari kita yang mengambil peluang ini.

Janganlah kita menjadikan pangkat dan harta sebagai motivasi kita kerana ia hanya bersifat sementara.
Janganlah kita menjadikan pujian sebagai motivasi kerana mungkin ia mencelamu di kemudian hari.


Tetapi jadikanlah Allah, RasulNya dan syurga sebagai motivasi kerana Allah itu tidak akan mati dan janjinya itu benar dan pasti.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

KISAH SEBIJI TEMBIKAI

0 comments
 

Pada suatu hari, ada seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi rahimakumullah telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah itu tidak elok!. maka marah-marahlah isteri Syaqiq. Lalu bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"kepada siapakah engkau tujukan kemarahanmu itu wahai isteriku? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau pencipta buah itu?" Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jalannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli jua sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembilai ini. Maka bertaqwalah engkau kapada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan dia pun redhalah dengan apa yang ditentukan oleh Allah swt.
.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

KALAU INGIN, BELAJARLAH.....

Ahad, 30 Januari 2011

0 comments

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.
Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.
Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO