skip to main |
skip to sidebar
at
8:46 PG
Pada suatu hari, ada seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi rahimakumullah telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah itu tidak elok!. maka marah-marahlah isteri Syaqiq. Lalu bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:
"kepada siapakah engkau tujukan kemarahanmu itu wahai isteriku? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau pencipta buah itu?" Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:
"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jalannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli jua sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembilai ini. Maka bertaqwalah engkau kapada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."
Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan dia pun redhalah dengan apa yang ditentukan oleh Allah swt..
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
SEO
0 comments:
Catat Ulasan