Semua manusia memerlukan motivasi. Rasulullah juga diberikan motivasi dari Allah swt melalui Isra Mikraj. Di dalam Al Quran, Nabi Ibrahim memohon motivasi dari Allah dan dinyatakan permohonan Nabi Ibrahim dalam surah Al-Baqarah, ayat 260.
وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِـي الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِن قَالَ بَلَى وَلَـكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي
Ertinya : "Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: ""Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati"". Allah berfirman: ""Belum yakinkah kamu?"". Ibrahim menjawab: ""Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku)"". " ( Al-Baqarah : 260 )
Allah swt juga memberikan motivasi kepada hambaNya di dalam Al Quran di dalam surah Al Mutaffifin.
خِتَامُهُ مِسْكٌ وَفِي ذَلِكَ فَلْيَتَنَافَسِ الْمُتَنَافِسُونَ
Ertinya : "tempat penamat yang harum semerbak kesturi (syurga); dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba" ( Al-Mutaffifin :26 )
Allah swt menggalakkan kita untuk terus bermotivasi dengan mendapat ganjaran syurga yang sangat indah di akhirat kelak yang kekal abadi. Ramai yang menyedari tentang motivasi ini, tetapi hanya sebahagian dari kita yang mengambil peluang ini.
Janganlah kita menjadikan pangkat dan harta sebagai motivasi kita kerana ia hanya bersifat sementara.
Janganlah kita menjadikan pujian sebagai motivasi kerana mungkin ia mencelamu di kemudian hari.
Tetapi jadikanlah Allah, RasulNya dan syurga sebagai motivasi kerana Allah itu tidak akan mati dan janjinya itu benar dan pasti.
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
0 comments:
Catat Ulasan