Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. ''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
Teruslah bergerak,hingga kelelahan itu lelah mengikutimu
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemaimu...
'' Aku mengambil
pelajaran tentang dua
kata hikmah dari ulama
sufi, iaitu '' Waktu bagai pedang, jika kamu tdk memotongnya. maka ia akan memotongmu '' dan
''Sibukkan dirimu dgn kebaikan,jika kamu tidak menyibukkan dgn kebaikan,maka ia akan menyibukkanmu dgn keburukan ''
PEDOMAN
Manusia yang berjiwa besar
sentiasa memikirkan perkara-
perkara yang besar,
kehidupannya diselubungi
azam yang kuat dan cita-
cita yang tinggi untuk
sampai ke puncak tertinggi
dalam kehidupan, bukan dunia
yang sirna ini menjadi impian,
tetapi akhirat yang tiada
bandingan itu jadi sasaran...
'' TERUS KE PUNCAK ''
قل الله تعالى
'' Apa sahaja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa sahaja bencana yang menimpa kamu,maka dari ( kesalahan ) dirimu sendiri. kami mengutuskanmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi " ( surah An-nisa ayat 79 )
قل الله تعالى
"Agama ini adalah NASIHAT." Lalu kami bertanya, "Milik siapa wahai Rasullullah? " Beliau menjawab, "Milik Allah, milik KitabNYA,milik RAsulNya, milik para pemimpin kaum muslimin dan milik segenap kaum muslimin"(HR Muslim)
pernah 1 ketika, sdg Rasulullah berkumpul di dlm mjlis b'sama para sahabat, tiba2 b'genang AIR MATA baginda s.a.w.. para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tidak mereka senangi di wajah Rasulullah, bila ditanyakan oleh saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bhw terlalu MERINDUI IKHWANNYA... Saidina Abu Bakar skali lagi b'tanya kpd Rasullah 'bukankah kami ini ikhwanmu? 'Rasulullah menjawab 'TIDAK, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg blum pernah melihatku ttp mereka b'iman n sgt mencintaiku...aku sgt rindu utk bertemu dgn mereka...' SAHABAT, KITAKAH IKHWAN itu???? MUHASABAHlah andai kita x pernah menitis walau SETITIK AIRMATA kerinduan dan kecintaan pd baginda.. yuh, sesama banyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w Allahumma salli 'ala siyidina Muhammad
0 comments:
Catat Ulasan