Islam merupakan agama yang merangkumi seluruh kehidupan termasuk jasmani. Seorang muslim itu bertanggungjawab terhadap setiap aspek dalam kehidupannya.
Dalam satu hadis, ia mengatakan bahawa 1 per 3 daripada perut kita perlu diisi dengan makanan, 1 per 3 yang lain perlu diisi dengan air manakala 1 per 3 yang lain adalah udara untuk bantu kita bernafas. Daripada hadis tersebut, kita dapat belajar bahawa kita tidak sepatutnya makan terlalu banyak.
Mengikut catatan sirah, Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang manusia yang sihat atau 'fit.' Pastinya Nabi kita sihat bukan kerana pergi gimnasium hari-hari tetapi adalah melalui kehidupannya sebagai seorang muslim. Kesihatan dan kecergasan bukanlah berhubung kait dengan gimnasium tetapi ia adalah cara hidup kita. Menjadi seorang muslim adalah cara hidup. Bagi saya, ia cukup mudah; menjadi seorang muslim bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah, tetapi ia juga melibatkan penampilan kita. Oleh sebab itu, saya perlu betul-betul menjaga kesihatan.
Lima Contoh Kesihatan dan Kecergasan Dalam Islam
1. Ibadah Haji dan Umrah. Sekali lagi, ini contoh yang memang jelas kerana untuk menunaikan ibadah semasa umrah lagi-lagi ketika waktu haji sememangnya memerlukan kecergasan dan penjagaan fizikal diri. Tanpa fitness, memang sukar!
2. Puasa. Puasa mempunyai banyak kelebihan. Ia memerlukan fokus, disiplin, kesederhanaan, kawalan diri dan mementingkan penjagaan badan, minda and kerohanian. Tetapi tanpa penjagaan kesihatan yang baik, ibadat puasa pun menjadi suatu perkara yang sukar.
3. Sembahyang. Kalau kita fikir, setiap kali anda sembahyang anda sebenarnya melakukan senaman ringan selama 4-5 minits ataupun 20-25min sehari. Walaupun ia tidaklah senaman yang berat tetapi tak kira umur, ia "memaksa" seseorang untuk berdiri, sujud (strecthing) dan melibatkan keseluruhan anggota badan.
4. Sunnah nabi. Pelbagai sunnah Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan simbolik kepada senaman, kesihatan dan kepentingan penjagaan diri sepanjang hayat Baginda. Sebagai seorang muslim, kita selalu merujuk kepada pengajaran sunnah... jadi kenapa tidak pula mengikut gaya hidup Baginda yang aktif dan cergas?
5. Al-Quran Seperti sunnah, Al-Quran adalah panduan kehidupan seorang muslim. Dan walaupun quran tidak menyuruh anda mengunjungi gimnasium atau berdiet, ia mementingkan keserderhanaan dalam pemakanan (balanced diet), jangan membazir dan menjaga kesihatan diri.
Untuk itu, kecergasan yang penjagaan kesihatan diri sudah tentu menjadi tanggungjawap setiap muslim.
Teruslah bergerak,hingga kelelahan itu lelah mengikutimu
Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu
Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu
Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu
Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemaimu...
'' Aku mengambil
pelajaran tentang dua
kata hikmah dari ulama
sufi, iaitu '' Waktu bagai pedang, jika kamu tdk memotongnya. maka ia akan memotongmu '' dan
''Sibukkan dirimu dgn kebaikan,jika kamu tidak menyibukkan dgn kebaikan,maka ia akan menyibukkanmu dgn keburukan ''
PEDOMAN
Manusia yang berjiwa besar
sentiasa memikirkan perkara-
perkara yang besar,
kehidupannya diselubungi
azam yang kuat dan cita-
cita yang tinggi untuk
sampai ke puncak tertinggi
dalam kehidupan, bukan dunia
yang sirna ini menjadi impian,
tetapi akhirat yang tiada
bandingan itu jadi sasaran...
'' TERUS KE PUNCAK ''
قل الله تعالى
'' Apa sahaja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa sahaja bencana yang menimpa kamu,maka dari ( kesalahan ) dirimu sendiri. kami mengutuskanmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi " ( surah An-nisa ayat 79 )
قل الله تعالى
"Agama ini adalah NASIHAT." Lalu kami bertanya, "Milik siapa wahai Rasullullah? " Beliau menjawab, "Milik Allah, milik KitabNYA,milik RAsulNya, milik para pemimpin kaum muslimin dan milik segenap kaum muslimin"(HR Muslim)
pernah 1 ketika, sdg Rasulullah berkumpul di dlm mjlis b'sama para sahabat, tiba2 b'genang AIR MATA baginda s.a.w.. para sahabat gelisah melihat sesuatu yg tidak mereka senangi di wajah Rasulullah, bila ditanyakan oleh saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bhw terlalu MERINDUI IKHWANNYA... Saidina Abu Bakar skali lagi b'tanya kpd Rasullah 'bukankah kami ini ikhwanmu? 'Rasulullah menjawab 'TIDAK, kamu semua adalah sahabatku...ikhwanku adalah umatku yg blum pernah melihatku ttp mereka b'iman n sgt mencintaiku...aku sgt rindu utk bertemu dgn mereka...' SAHABAT, KITAKAH IKHWAN itu???? MUHASABAHlah andai kita x pernah menitis walau SETITIK AIRMATA kerinduan dan kecintaan pd baginda.. yuh, sesama banyakkan selawat ke atas baginda Rasulullah s.a.w Allahumma salli 'ala siyidina Muhammad
0 comments:
Catat Ulasan