Isnin, 24 Januari 2011



Semua kehidupan mahukan mentari sebab ia menyinarkan kehidupan alam di muka bumi. Mungkin jika tiba-tiba waktu malam terasa panjang, rasa resah dimana mentari akan muncul pasti terasa.

Begitu juga dengan kita, kalau kebahagiaan yang dicari tak jumpa-jumpa, pasti kita akan dilanda keresahan berpanjangan..

ikhlaskan diri anda untuk mencari kebahagian

Apa sahaja yang anda buat, ikhlaskan perbuatan anda. Tanpa keikhlasan, semua tidak sempurna.

Study :  ikhlaskan niat anda untuk mencari ilmu, pasti pembelajaran menjadi enjoy dan ilmu           

 melekat di dada.
 
Solat :  ikhlaskan diri anda hanya kepada Allah anda menyembah, tuhan yang satu, Yang Maha Esa. InsyaAllah, hidup anda diberkati.

 
cinta :  ikhlaskan diri anda pada pasangan, insyaAllah cinta yang ikhlas sentiasa kukuh ikatannya.


Jika anda ikhlas di dalam hidup, pasti setiap perbuatan anda menjadi baik, hidup anda lebih bermakna.

keikhlasan yang anda lakukan sebenarnya menuju kearah kebahagian anda.
Bila anda ikhlas, semua masalah mudah diselesaikan.
Ibarat anda mempunyai impian dan untuk mencapai impian, anda kene berjalan ke satu lorong (kehidupan), kemudian anda terjumpa satu sampah (masalah di tengah perjalanan kehidupan), mesti anda berhenti sejenak bukan.
Tetapi jika anda ikhlas dan tahu apa yang anda mahu dalam hidup anda, anda pasti mengambil sampah tersebut dan memasukkan kedalam poket dan terus berjalan kehadapan tanpa berundur kebelakang. Sebab, masalah itu lumrah kehidupan. Kita tak boleh lari dari masalah.
kita ambil rintangan tersebut dan masukkan kedalam poket kita. Next, cari tong sampah untuk buang sampah ( rintangan@masalah).
Mengapa perlu masuk dalam poket dan bukannya disimpan? sebab masalah dan rintangan hanya sementara. Tidak perlu untuk kita memikirkan terlalu complicated terhadap masalah. Tumpukan pada impian anda. Tapi bagaimana hendak menyelesaikan masalah? Jawapan nya bergantung kepada keikhlasan anda.
Jika anda ikhlas, apa sahaja rintangan anda sanggup harungi dan mampu diselesai. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Bila anda mampu menyelesaikan, pasti ada tong sampah di sepanjang perjalanan anda. Maka, buangkan dan ucapkan terima kasih sebab setiap rintangan dan masalah, pasti ia mematangkan anda dan ada hikmah disebaliknya. Teruskan perjalanan sehingga anda mencapai impian anda.


ikhlaskan diri anda dan buat sesuatu benda kerana anda ikhlas, tetapi bukan dipaksa. 
Bila anda ikhlas, pasti fikiran anda tenang dan terasa lapang.

dan output yang anda buat pasti berjaya..


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Catat Ulasan