Apabila usaha menjadi sebaliknya

Khamis, 6 Januari 2011



 
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [al Ankabut, 29:2]


Mudah untuk kita katakan, tapi sukar untuk melaksanakan. Ungkapan awal untuk kita semua.
Tapi mengapa, jika usaha kita menjadi sebaliknya, diri kita mula berungut-rungut. Mula menyatakan ketidakselesaan dalam hidup dan mengangap perjalanan hidup ini sebagai satu perjalanan yang menyiksakan.

Cuba lihat potongan ayat al-Quran diatas. Mana mungkin seorang insan itu telah pasti beriman sedangkan diri mereka belum diuji lagi.
Setiap ujian yang datang kepada kita haruslah dilihat dari perspektif yang positif. Tidak mungkin setiap yang berlaku itu yang datangnya daripada Allah tidak mempunyai hikmah tersendiri. Yang pasti, penilaian setiap satu episod kehidupan itu perlu di kaji dari hati yang suci.

Kita semua mempunyai matlamat dan setiap manusia itu tidak sama perjalanan hidupnya. Andai ada orang lain melemparkan tuduhan mahupun kata-kata sinis, anggap ia sebagai satu benda yang "semulajadi dalam kehidupan". Belajar mengambil ia sebagai positif dan belajar cuba untuk mengindahkan sesuatu yang tidak langsung mempunyai "nilai" dalam hidup. Sebagai contohnya, belajar untuk tidak mempercayai fitnah sebab ia tiada nilai berharga sekalipun ia sangat seronok untuk mendengarkan.

Apabila usaha kita menjadi sebaliknya, usahlah kita kuatir kerana kita ada Allah, Tuhan sekalian alam. Rasailah bumi yang kita semua berpijak. Hayati kebesaranNya.
Dalam kita 'mencari-cari' hala tuju kita, pastikan hala itu benar-benar berpandukan Islam.

Sebelum kita melangkah keluar rumah untuk mencari ilmu, cuba kita fikirkan dahulu, hanya satu ungkapan untuk anda semua berfikir, apa yang kita harus buat untuk hari ini.

"Adakah Tuhan redha dengan apa yang ingin aku lakukan'

Lantas, pergerakan iman bergolak-golak di sanubari bila kita mula terfikir atau berfikir tentang kebesaran Tuhan. Inilah salah satu cara untuk saya terus bergerak kehadapan. Kongsikan bersama saya.

Manusia, bila berbicara mengenai hati lalu ditiupkan dengan Islam dan kebesaran Allah, pasti gementar jiwanya, lalu ia menjadi pilu. 
Hati mula berkata, "Dimanakah harus ku mencari penawarnya?"
Lalu syaitan menjawab, " Ikutilah langkahku."
Apakah jawapan anda? Fikirkan sejenak. Tanyalah pada diri kita, siapakah diri kita sebenarnya.

Apabila usaha kita menjadi sebaliknya, pasti hati kita mula berasa sedih. Jika kita tidak redha apa yang berlaku, pasti musuh yang nyata bagi kita datang membisik di hati kita. Ketahuilah, syaitanlah musuh yang nyata bagi kita. 
Berbicara lah kepadaNya. Mohonlah kepadaNya agar diberi jawapan kepada setiap persoalan kita. Hanya kepadaNya tempat kita meminta pertolongan.

 

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Catat Ulasan