19 Hadis tentang kelebihan wanita

Jumaat, 14 Januari 2011

0 comments


1.Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.



11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".




13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Kenapa allah beri kesakitan dan penderitaan?

0 comments

    ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT  
DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN
BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA  
BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA, ' ' SAYA TAK PERCAYA
ALLAH ITU WUJUD. ' '

' ' KENAPA KAMU KATA BEGITU? ' ' TANYA SI LELAKI TADI.

' ' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH
ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD, KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR
TU?KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD, DAH
TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT
BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU ' ' .

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG
JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU
MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.

SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT
PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN
BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN
BERKATA, ' ' KAMU TAHU TAK YG SBNRNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD? ' '

' ' KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU
TADI ' ' ..KATA BARBER.

' ' TIDAK! ' ' KATA SI LELAKI TADI. ' ' KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK
ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG
PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU ' ' .

' ' AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA
SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE! ' ' KATA BARBER.

' ' TEPAT SEKALI! ' ' . KATA SI LELAKI TADI.

' ' THAT ' S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN &
PENDERITAAN)
JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN. ' '


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Apabila usaha menjadi sebaliknya

Khamis, 6 Januari 2011

0 comments


 
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [al Ankabut, 29:2]


Mudah untuk kita katakan, tapi sukar untuk melaksanakan. Ungkapan awal untuk kita semua.
Tapi mengapa, jika usaha kita menjadi sebaliknya, diri kita mula berungut-rungut. Mula menyatakan ketidakselesaan dalam hidup dan mengangap perjalanan hidup ini sebagai satu perjalanan yang menyiksakan.

Cuba lihat potongan ayat al-Quran diatas. Mana mungkin seorang insan itu telah pasti beriman sedangkan diri mereka belum diuji lagi.
Setiap ujian yang datang kepada kita haruslah dilihat dari perspektif yang positif. Tidak mungkin setiap yang berlaku itu yang datangnya daripada Allah tidak mempunyai hikmah tersendiri. Yang pasti, penilaian setiap satu episod kehidupan itu perlu di kaji dari hati yang suci.

Kita semua mempunyai matlamat dan setiap manusia itu tidak sama perjalanan hidupnya. Andai ada orang lain melemparkan tuduhan mahupun kata-kata sinis, anggap ia sebagai satu benda yang "semulajadi dalam kehidupan". Belajar mengambil ia sebagai positif dan belajar cuba untuk mengindahkan sesuatu yang tidak langsung mempunyai "nilai" dalam hidup. Sebagai contohnya, belajar untuk tidak mempercayai fitnah sebab ia tiada nilai berharga sekalipun ia sangat seronok untuk mendengarkan.

Apabila usaha kita menjadi sebaliknya, usahlah kita kuatir kerana kita ada Allah, Tuhan sekalian alam. Rasailah bumi yang kita semua berpijak. Hayati kebesaranNya.
Dalam kita 'mencari-cari' hala tuju kita, pastikan hala itu benar-benar berpandukan Islam.

Sebelum kita melangkah keluar rumah untuk mencari ilmu, cuba kita fikirkan dahulu, hanya satu ungkapan untuk anda semua berfikir, apa yang kita harus buat untuk hari ini.

"Adakah Tuhan redha dengan apa yang ingin aku lakukan'

Lantas, pergerakan iman bergolak-golak di sanubari bila kita mula terfikir atau berfikir tentang kebesaran Tuhan. Inilah salah satu cara untuk saya terus bergerak kehadapan. Kongsikan bersama saya.

Manusia, bila berbicara mengenai hati lalu ditiupkan dengan Islam dan kebesaran Allah, pasti gementar jiwanya, lalu ia menjadi pilu. 
Hati mula berkata, "Dimanakah harus ku mencari penawarnya?"
Lalu syaitan menjawab, " Ikutilah langkahku."
Apakah jawapan anda? Fikirkan sejenak. Tanyalah pada diri kita, siapakah diri kita sebenarnya.

Apabila usaha kita menjadi sebaliknya, pasti hati kita mula berasa sedih. Jika kita tidak redha apa yang berlaku, pasti musuh yang nyata bagi kita datang membisik di hati kita. Ketahuilah, syaitanlah musuh yang nyata bagi kita. 
Berbicara lah kepadaNya. Mohonlah kepadaNya agar diberi jawapan kepada setiap persoalan kita. Hanya kepadaNya tempat kita meminta pertolongan.

 

Orang yang cekal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

PENCARIAN IMAN

Sabtu, 25 Disember 2010

0 comments



    Hari ini kita terleka, mungkin juga pada keesokkan juga kita terleka. Dan sampai bilakah akan kita dapat merasai bahawa betapa ruginya kelekaan itu. Kelekaan yang akhirnya menambahkan timbangan dosa dan titik hitam dihati.


     

Senang sekali untuk kita menambah dosa, tetapi sukarnya untuk menambah iman dan akhirnya pahala. Cuba kita lihat sekeliling, berapa peratuskah keadaan sekeliling yang mampu membawa kita kearah keimanan? Berapa kerat manusia yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid?



Kejahilan, kebodohan dan keengganan kita untuk bertanya apakah itu iman membuatkan diri kita lemah dengan ujian. Tahukah bahawa keengganan seseorang untuk melakukan kebaikan padahal ia tahu bahawa hal itu yang telah perintahkan oleh Allah, maka ia termasuk dalam orang-orang yang menzalimi dirinya sendiri.



Tidak takutkah jika hati kita nanti dikunci dari hidayah Allah?



Berapa ramai orang sedar dengan persoalan diatas? Tetapi apa hasilnya? Tahu jawapan tetapi tidak mahu menghasilkan usaha kearah itu. Sungguh biadap manusia di hadapan Tuhan..



Kejahatan dan kebaikan di dalam satu jiwa.



Allah mengabungkan 2 jenis perkara iaitu kejahatan dan kebaikan di dalam satu jiwa lalu ditumbuhkan menjadi seorang manusia. Mereka (kejahatan dan kebaikan) selalu bergaduh sesama sendiri, bermusuhan setiap masa dan menunggu masa untuk melemahkan musuh. Jika satu jatuh, maka yang lain akan menguat. Lantas, menjadi raja di dalam diri manusia. Perang diantara mereka berlangsung sehingga empunya jiwa itu meninggal dunia dan dihadapankan dihadapan Allah.



Ketika manusia hidup, kita berteki-teki, mahu mengikut arah yang mana. Sedarlah bahawa jika teka teki itu dijawab oleh kejahatan, dia akan menutup pintu hati kita daripada cahaya Allah. Lalu, ia merosakkan tubuh manusia dengan kezaliman yang melampaui batas iaitu pembakaran di akhirat.



Andai teka teki itu dijawab oleh kebaikan, segala isi dunia dan akhirat pasti tumbuh di hati manusia tersebut. Hidayah sentiasa menerangi kehidupannya dan dirakamkan dengan kalimat-kalimat suci al-quran yang meningkatkan getaran jiwa murni. Bahkan, ia membawa pemilik hati berkenaan kealam syurga yang indah permai.



Bukan mudah



Menaikkan kadar iman bukan satu usaha yang mudah kerana ia melibatkan pengorbanan yang tinggi. Tempoh hayat seorang manusia secara purata ialah 60 tahun tetapi ilmu godaan syaitan laknat telah berada sejak zaman Nabi Adam dilahirkan. Beruntunglah bagi manusia yang mampu menakis segala godaan syaitan dan hadiah syurgalah tempat dia akan dihidupkan semula kelak.





Jadi, bagaimana caranya?



Pelajarilah pelbagai ilmu agama Islam. Kenalilah apakah itu al-quran. Hayatilah makna yang disampaikan. Petiklah hati dengan berzikir kepadaNya. Tambahkan ilmu dengan sirah Nabi dan kehidupan orang-orang yang soleh. Renungkan tanda-tanda kebesaran Allah yang ada dialam ini. Serta ikhlaskan niat mu dan hati mu untuk mengenali Pencipta diri mu dengan lebih dekat.





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Kisah Jilbab ♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥

Sabtu, 11 Disember 2010

0 comments

Ada seorang wanita yang terkenal taat beribadah. Ia sentiasa melaksanakan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya. Ia tak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum dan menjawab, “Insyaallah. Yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakannya maupun menasihatinya. Tapi jawapannya tetap sama.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

KURSUS INDUKSI MPM 10-11

Ahad, 28 November 2010

0 comments
Petikan akhbar Sinar Harian, 26 November 2010 (muka surat U29)
Oleh wartawan : Suniza Nan Yan

Padang Terap - Perlantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Kolej Universiti INSANIAH bagi penggal 2010/2011 memerlukan perancangan dan strategi yang kreatif untuk berdamping dengan mahasiswa bagi memastikan keterampilan mahasiswa yang cemerlang.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

We are all same..

Isnin, 22 November 2010

0 comments


Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Riwayat Muslim, "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." 


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO