Hari ini kita terleka, mungkin juga pada keesokkan juga kita terleka. Dan sampai bilakah akan kita dapat merasai bahawa betapa ruginya kelekaan itu. Kelekaan yang akhirnya menambahkan timbangan dosa dan titik hitam dihati.
Senang sekali untuk kita menambah dosa, tetapi sukarnya untuk menambah iman dan akhirnya pahala. Cuba kita lihat sekeliling, berapa peratuskah keadaan sekeliling yang mampu membawa kita kearah keimanan? Berapa kerat manusia yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid?
Kejahilan, kebodohan dan keengganan kita untuk bertanya apakah itu iman membuatkan diri kita lemah dengan ujian. Tahukah bahawa keengganan seseorang untuk melakukan kebaikan padahal ia tahu bahawa hal itu yang telah perintahkan oleh Allah, maka ia termasuk dalam orang-orang yang menzalimi dirinya sendiri.
Tidak takutkah jika hati kita nanti dikunci dari hidayah Allah?
Berapa ramai orang sedar dengan persoalan diatas? Tetapi apa hasilnya? Tahu jawapan tetapi tidak mahu menghasilkan usaha kearah itu. Sungguh biadap manusia di hadapan Tuhan..
Kejahatan dan kebaikan di dalam satu jiwa.
Allah mengabungkan 2 jenis perkara iaitu kejahatan dan kebaikan di dalam satu jiwa lalu ditumbuhkan menjadi seorang manusia. Mereka (kejahatan dan kebaikan) selalu bergaduh sesama sendiri, bermusuhan setiap masa dan menunggu masa untuk melemahkan musuh. Jika satu jatuh, maka yang lain akan menguat. Lantas, menjadi raja di dalam diri manusia. Perang diantara mereka berlangsung sehingga empunya jiwa itu meninggal dunia dan dihadapankan dihadapan Allah.
Ketika manusia hidup, kita berteki-teki, mahu mengikut arah yang mana. Sedarlah bahawa jika teka teki itu dijawab oleh kejahatan, dia akan menutup pintu hati kita daripada cahaya Allah. Lalu, ia merosakkan tubuh manusia dengan kezaliman yang melampaui batas iaitu pembakaran di akhirat.
Andai teka teki itu dijawab oleh kebaikan, segala isi dunia dan akhirat pasti tumbuh di hati manusia tersebut. Hidayah sentiasa menerangi kehidupannya dan dirakamkan dengan kalimat-kalimat suci al-quran yang meningkatkan getaran jiwa murni. Bahkan, ia membawa pemilik hati berkenaan kealam syurga yang indah permai.
Bukan mudah
Menaikkan kadar iman bukan satu usaha yang mudah kerana ia melibatkan pengorbanan yang tinggi. Tempoh hayat seorang manusia secara purata ialah 60 tahun tetapi ilmu godaan syaitan laknat telah berada sejak zaman Nabi Adam dilahirkan. Beruntunglah bagi manusia yang mampu menakis segala godaan syaitan dan hadiah syurgalah tempat dia akan dihidupkan semula kelak.
Jadi, bagaimana caranya?
Pelajarilah pelbagai ilmu agama Islam. Kenalilah apakah itu al-quran. Hayatilah makna yang disampaikan. Petiklah hati dengan berzikir kepadaNya. Tambahkan ilmu dengan sirah Nabi dan kehidupan orang-orang yang soleh. Renungkan tanda-tanda kebesaran Allah yang ada dialam ini. Serta ikhlaskan niat mu dan hati mu untuk mengenali Pencipta diri mu dengan lebih dekat.
Free Template Blogger
collection template
Hot Deals
SEO
0 comments:
Catat Ulasan