HEWI membawa gagasan HEWICC

Ahad, 7 November 2010

 

Firman Allah SWT: "Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang baik-baik, dan bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalan-Nya, dan Dialah yang mengetahui siapa yang terpimpin." [An-Nahl:125].

Selepas dinobatkan sebagai Timbalan Presiden 1, juga merangkap Pengerusi Hal Ehwal Siswi sesi 2010/2011, Insya Allah HEWI pada sesi ini tampil untuk menjalinkan kolaborasi dengan semua wakil-wakil pimpinan siswi setiap persatuan dan kelab yang bernaung di bawah HEP.

Kolaborasi ini digabungkan di bawah satu gagasan yang dinamakan HEWI Consultation Council (HEWICC). HEWI menggariskan beberapa objeftif dengan penubuhan gagasan ini iaitu:

1)    Sebagai medan bertukar idea, pandangan, dan permasalahan terkini dalam usaha mendapatkan solusi kepada masalah mahasiswi.
2)     Platform  dalam menyampaikan idea-idea wakil pimpinan muslimat setiap persatuan untuk HEWI MPM lebih responsif dengan keadaan semasa.
3)  Menyatukan pimpinan siswi KUIN di bawah satu wadah atau matlamat dalam usaha melahirkan mahasiswi yang benar-benar berkualiti dari aspek akademik mahupun akhlak.

  Walaubagaimanapun, isu siswi tidak akan dapat diselesaikan secara total jika tiada kesedaran dari individu itu sendiri untuk berubah. Justeru pihak HEWI amat berharap agar siswi haruslah benar-benar komited dalam menjaga tingkahlaku, serta pertuturan seharian. Kita akui setiap insan tiada terlepas dari melakukan kesalahan, tetapi ruang pintu taubat sentiasa luas, marilah kita sama-sama lakukan perubahan demi kesejahteraan ummah terutamanya.

InsyaAllah, aplikasilah ruang blog ini untuk ajukan sebarang pertanyaan, atau melontarkan idea, pandangan serta komentar. 

Sabda Nabi SAW: 'Agama adalah nasihat, sahabat bertanya kembali: Kepada siapa?, Sabda Nabi SAW lagi: Kepada Allah, KitabNya, RasulNya dan kepada pemimpin kaum muslimin dan rakyatnya.' (Riwayat Bukhori dan Muslim).

Harapan ana kepada semua mahasiswi, nasihatilah pemimpin anda sekiranya beliau melanggar landasan yang digariskan syara', dan patuhilah pemimpin anda selama beliau berada di jalan yang benar. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: 'Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka, mereka berperang pada jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Qur'an, dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji, yang melawat (mencari ilmu pengetahuan), yang ruku', yang sujud, yang menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah berbuat munkar dan yang memelihara hukum Allah, dan gembirakanlah orang-orang mukmin itu. (At-taubah: 111-112)

Persoalannya di sini adakah dagangan kita sudah dibeli oleh Allah. Insya Allah setiap yang bergelar mukmin serta taat segala perintahNya, Allah SWT akan menyampaikan khabar gembira untuk kita semua. Sama-sama kita memohon kepada Allah SWT agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus tsabat di dalam perjuangan yang penuh mehnah ini iaitu kembara menuju ke alam akhirat, semoga kita di kalangan hambaNya yang bertaubat. Amin.. Bertemu lagi di pena akan datang. Wassalam


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Catat Ulasan