Kolokium Ulama' Muda Kebangsaan (KokUM 11) INSANIAH

Isnin, 18 Julai 2011

0 comments

Jangan lepaskan peluang bersama dengan johan Imam Muda secara lebih dekat..Imam Muda HASSAN kini Kolej Universiti INSANIAH..



Jangan lepaskan peluang bagi menyertai seminar ini.... :)



TENTATIF PROGRAM Kolokium Ulama Muda Kebangsaan (KokUM)


19 Julai 2011 (Selasa)

7.45- 8.30malam : Kuliah Maghrib : Johan Imam Muda II sdr. Hassan Adli bin Yahaya@Yahuza
Tajuk : Generasi Celik Agama,Antara Keperluan & Kewajipan
9.00-11.30mlm : Ulama' Di Hati oleh:Ust Hj Abdul Ghani Shamsuddin
( Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama’ Asia Tenggara)
Tajuk : Permerkasaan Ulama' Masa Kini

20 Julai 2011 (Rabu)

9.00-11.00pg : Tafaqquh Fi Al-Din 1 Tuan Guru Hj Salleh Musa.
(Mudir Al-Rahmaniah Sik)
Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah. Kitab: Ummu Al-Barahin
11.00-11.30pg : Rehat
11.30pg-1.00ptg : Tafaqquh Fi Al-Din 2 Tuan Guru Hj Salleh Musa.
(Mudir Al-Rahmaniah Sik)
Tajuk: Aqidah Ahli Sunnah. Kitab: Ummu Al-Barahin
1.00-2.30ptg : Rehat & Solat
2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 1
Ust Hj Mutalib Maarof
(Pengasas An-Nahdhoh, K.Semang, P. Pinang).
Tajuk: Syahadah dan tuntutannya.
4.30-5.00ptg : Solat
5.00-7.00ptg : Pertandingan pidato & mengeja jawi (saringan)
7.00-8.45mlm : Solat
: Kalam Tuhan
Ust. Mohd. Fakhrul Radhi Khamaruddin
(Pemenang AQ Musim Ke-3)
9.00-11.30mlm :Tinta Ulama' oleh : Dato' Dr Hj Haron Din
(Pendakwah Bebas)
Tajuk: Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan "bersama Pusat Komuniti INSANIAH"

21 Julai 2011 (Khamis)

4.00-5.30 pg : Qiamullail Airmata Ulama’ oleh Ust Zainal Asri Bin Romli (Paklong Zainol)
(Pendakwah Bebas)
5.30-7.00 pg : Solat Subuh / tazkirah Ust Zainal Asri Bin Romli (Pendakwah Bebas)
9.00-11.00pg : Tafaqquh Fi Al-Din 1 Tuan Guru Hj Wahab Hassan
(Mudir Madrasah Tahzib An-Nufus Pondok Lanai)
Tajuk: Tasawuf Kitab : Hidayah Al-Azkiah
11.00-11.30pg : Rehat
11.30pg-1.00ptg : Tafaqquh Fi Al-Din 2 Tuan Guru Hj Wahab Hassan
(Mudir Madrasah Tahzib An-Nufus Pondok Lanai)
Tajuk: Tasawuf Kitab : Hidayah Al-Azkiah
1.00-2.30ptg : Rehat & Solat
2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 2 oleh : Tuan Guru Dr Hj Jahid Bin Hj Sidek al-Khalidi
Mantan Pensyarah Universiti Malaya
Tajuk : “ Prinsip-Prinsip Penting Ilmu Tarekat ”
4.30-5.00ptg : Solat
5.00-7.00ptg : Pertandingan (kalah mati) Mengeja Jawi
7.45-8.30mlm : Solat & Bacaan Yasin oleh : Ust Ahmad Nasir Bin Hj Awang
(Pensyarah Kuin)
9.00-11.30mlm : Wacana Ulama’ Muda
Tajuk : Pemuda masa kini – antara realiti dan harapan.
Panel : Ust. Nasaruddin Hj Hassan at Tantawi (Pendakwah bebas)
Ust. Ahmad Izzat Hj Shauki

22 Julai 2011 (Jumaat)

9.00-10.30pg : Tafaqquh Fi Al-Din 3 T.G.Hj Zulkihli Hj Ismail
( Mudir Madrasah Baitul Qura`)
Tajuk: Bahaya Ancaman Pahaman Sekularisma
10.30-11.00pg : Rehat
11.00pg-12.00tghari : Tafaqquh Fi Al-Din 3 T.G.Hj Zulkihli Hj Ismail
( Mudir Mudir Madrasah Baitul Qura`)
Tajuk: Bahaya Ancaman Pahaman Sekularisma
12.00tghari-2.30ptg : Bicara Muslimat
Tajuk : Saidatina Khadijah: Hanya Tinggal Kenangan
Moderator : Ustazah Nurul Nazuha Hazizan ( Timbalan Dekan HEP)
Panel : Ustazah Nurul Syuhada (Pendakwah Bebas)
: Dr. Rosni Adam (Pengarah NISA’ Malaysia)
: Usatazah Mumtaz Md.Nawi
(Senator Kerajaan N.Kelantan)
2.30-4.30ptg : Bicara Ulama’ 3 oleh : Ust Sharhan Syafie
(Pengasas Pusat Rawatan Sinar Zamdurrani)
Tajuk: Perubatan Islam
4.30-5.00ptg : Solat
5.00-7.00ptg : Pertandingan pidato & mari Mengeja Jawi (Final)
Tajuk pidato: ‘Ulama Pencetus Tamadun Dunia’
7.45-8.30mlm : Solat & Sentuhan Qalbu
Zikir & Tarannum oleh :Ust. Othman Bin Ibrahim (Pendakwah Bebas)
9.00-11.30mlm : Generasi Ulama' Muda oleh : Ustaz Hafiz Bin Haji Mustafa Lubis
(Pendaftar maa`had Derang, Kedah)
Tajuk: Pemuda Cerminan Al-Quran

23 Julai 2011 (Sabtu)

9.00-9.45pg : Ucaptama Seminar oleh: Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin
(Timbalan Mufti Negeri Kedah)
Tajuk : Ulama’ Pencetus Tamadun Dunia
9.45-10.45pg : Pembentangan Kertas kerja 1
Sultan Muhammad Al-Fateh :Ust Syaari Ab. Rahman
(Pengarah Urusan Ibrah Paradigm Training & Consultancy)
10.45-11.45pgi : Pembentangan kertas kerja 2
Burhanuddin Helmy: Yang Berhomat Ustaz Nasir Zakaria
11.45-12.00 tengah hari : Rehat
12.00-1.00ptg : Pembentangan kertas kerja 3
Merdeka: Peranan & Sumbangan Ulama’: Ust Ridhwan Mohd Noor
(Pengarang “Ulama’ Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan”)
1.00-2.00ptg : Pembentangn jertas kerja 4
As-Syahid Imam Hassan Al-Banna : Ust Asri Bin Daud (KETUA JABATAN MUAMALAT KIAS)
2.00-2.45ptg : Rehat
2.45-3.45ptg : Pembentangan kertas kerja 5
Cabaran & Persediaan Generasi Muda Islam : Dr. Kamaruzzaman Yusof (Pensyarah UKM)
3.45-4.45 ptg : Pembentangan kertas kerja 6
Peranan Ulama' dan Umara' dalam membina tamadun : Ustaz Mohd Dzul Khairi bin Mohd Noor
(Ketua Pemuda Persatuan Ulama’ Malaysia)
4.45-5.15ptg : Solat
5.15ptg-7.00mlm : Majlis Perasmian Penutup Kolukium Ulama’ Muda Kebangsaan ( KokUM 11)
Dirasmikan oleh: Y.A.B Menteri Besar Kedah
9.00-11.30mlm : Konsert Amal Di Ambang Ramadhan sempena KokUM '11

**semua slot adalah percuma kecuali Seminar Kertas Kerja..



maklumat lanjut hubungi : Mohd Saifol Fairuz Othman (019-5086281)
**untuk seminar boleh hubungi Mohd Anas Akram Bin Zainuddin (019-5527681)

seminar pelaksanaan siasah syar'iyyah

0 comments

19 SYAWAL 1432


Sabtu
17 September, 2011
8.00 Pg - 6.30 Ptg
Dewan Besar, Kompleks Balai Islam Lundang, Kota Bharu, Kelantan



Yuran pendaftaaran seperti berikut :



Pegawai Kerajaan : RM 100

Peserta Umum : RM 80

Pelajar : RM 40



MEMAPARKAN PENCERAMAH TERSOHOR

1. Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Aziz bin Hj. Hanafi

2. Tan Sri Syeikh Ghazali Abd. Rahman

3. Prof. Madya Dr. Shukeri bin Mohamed

4. Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman

5. YB. Dr. Mohd Fadhli bin Hj. Hassan

6. Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainal Abidin

7. YB Dato’ Dr. Johari bin Mat



“ SIASAH SYAR‘IYYAH MENJAMIN KESEJAHTERAAN NEGARA ”

ANJURAN
JABATAN AL-SYARIAH KOLEJ ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ISMAIL PETRA [KIAS]



.

JOM SERTAI BICARA MUSLIMAT....

0 comments


Bicara MusLimat yg Bertajuk : SayyidatiNa Khadijah Hanya TinGGaL... KenaNgan....Ahli Panel yg dtg dri KeLanTan,WiLaYAh serta Kedah...Slot akan bermula pd jam 12 tghari -2.30 ptg di Dwn Besar KUIN...Moderatornya Diimport Khas dr NGO's Nisa'....SaLwaNa Bt Othman...Khas Buat MusliMat2 di Luar Sana..jgn Lepaskan Peluang ni ye...

JaNgAn BeRsEdIh KeRaNa sEsUnGgUhNyA aLlAh BeRsAmA KiTa

Selasa, 14 Jun 2011

0 comments


Apabila kita asyik termenung
memikirkan nasib diri di sini...
merenung jauh mereka di sana
hidup penuh keseronokan dan kegembiraan...
namun, kita masih tak sedar tentang hakikat

erti kebahagiaan yang sebenarnya...
Ramai orang...
tersalah sangka tentang maksud
ketenangan dalam hidupnya
selalu orang mengaitkan ketenangan itu
dengan faktor harta...
dengan faktor kekayaan...
Walaupun itu boleh jadi penyumbang
tetapi itu bukan segala-galanya
Betapa ramai orang yang berada dalam rumah yang besar
tidur di atas katil yang empuk
tetapi dia tidak lebih enak ataupun lenanya tidak nyenyak
Bahkan ada orang yang tidur di pondok buruk
kadang-kadang dia lebih lena dari kita
Ada orang yang berada di hadapannya hidangan yang hebat
lauk-pauk yang bagus
tetapi lidahnya tidak enak
lebih enak lagi orang yang makan kadang-kadang dengan
satu dua mata lauk...
tetapi dia lebih sedap dan selesa makannya
Kata Hamka: "lihatlah bagaimana Allah membahagi-bahagikan nikmat"
Semua orang sangka kalau orang itu ada rumah besar
ada makanan yang sedap
tentulah hidupnya bahagia dan tenang
Belum tentu!

[Tiada siapa mampu menghalang ketetapan Allah]
Jika Allah hendak memnberikan kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh ditahan oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah menghalang kebahagiaan kepada seseorang
Dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun
Jika Allah uruskan urusan kita
dan Allah tidak serahkan diri kita kepada kita
walaupun sekelip mata
dunia boleh berbuat apa-apa
tetapi mereka tidak boleh mencabar kebesaran kerajaan Allah
Jika Allah mengatur untuk kita apa yang orang sangka tewas
kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah
Apa yang orang rasa rugi
Allah akan berikan keuntungan yang mana
jalan-jalan manusia tak sangka
tetapi Allah boleh mewujudkan keajaiban dalam kehidupan
[Apabila kita asyik mengeluh setiap kali ditimpa musibah...]
Tuan-tuan tengoklah dunia ni
kadang-kadang tuan-tuan
manusia dia hilang suatu benda ini daripada dunia
kadang-kadang macam dia hilang segala-galanya
saya nak sebut tuan-tuan
berapa banyak dalam hidup tuan-tuan telah melalui keperitan hidup?
Cuba ingat!
Ketika kita kena keperitan,
kita rasa kita tidak dapat keluar daripadanya
Tapi hari ini Allah telah keluarkan kita berada dalam keadaan yang baik
Ketika kita ditimpa musibah tertentu
Kita kata: "habislah aku kali ni"
tapi usia kita telah berjalan
Kita masih lagi hidup dan makan dan menikmati kurniaan Tuhan ini
Ketika kita kata: "Ya Allah... tolonglah aku,
Ya Allah... tolonglah aku, aku susah ya Allah"
hari ni kita pun telah lupa akan perkataan itu
dan kita lupa kadang-kadang untuk bersyukur
di atas pelbagai ranjang hidup yang telah Allah keluarkan kita daripadanya

DiDiKlAh AnAk2 sEjAk dAlAm KaNdUnGaN

0 comments

Kenapa remaja hari ini lebih sukakan dendangan muzik dan lagu-lagu dari alunan al-Quran?

Mereka boleh bertahan berjam-jam mendengar muzik dengan earphone tersumbat ditelinga.

Terhenjut-henjut tangan, juga kaki.

Berapa lama mereka boleh tahan jika mendengar alunan al-Quran?

Bukan remaja belia saja minat lagu, 'remaja tua' pun sama. Mana nak dengar sangat al-Quran dalam kereta. Yang mereka pasang radio atau CD lagu-lagu....

Kalau kita tak biasakan dengar Quran, macam mana nak timbul rasa seronok. Memang la susah. Tambah pula kalau dari kecik lagi seronok dengan lagu. Kena pulak ibu bapa tak minat QuraN...

"Aha, tengok la ni, ada pulak program realiti (hakikatnya: 'fantasi') TV untuk budak sekolah. Tergedik-gedik menyanyi. Mak bapak sokong pulak tu..." ulasnya lagi.

"Betul tu. Berhibur memang tak salah, tapi bila melampau sangat, hilang haluan. Sebenarnya dari dalam perut lagi kita kena tarbiyah anak jadi soleh,

Allah jadikan telinga punya tujuan. Lantas, ibu bapa perlulah didik anak agar menggunakan telinga untuk tujuan yang betul.

Sejak dari awal lagi ibu bapa berlu membuat persediaan untuk mendidik anak menggunakan teliga dan segala pancaindera dengan betul.

Suatu yang pasti, pasangan ibu bapa perlu membuat persediaan awal sebelum menyambut kelahiran anak.

Persediaan yang penting bukan sahaja dari sudut kewangan dan kesihatan, bahkan juga dari sudut kerohanian dan pendidikan.

Keinsafan ibu dan bapa tentang besarnya tanggungjawab sebagai pendidik dan ketua perlu ditanam agar anak yang lahir nanti menerima layanan dan asuhan yang sepatutnya.

Antara persediaan awal termasuklah mendedahkan kepada janin dengan alunan yang murni di samping bersedia memilih nama yang sesuai untuk anak itu.

Seseorang anak sudah perlu dididik ketika dia masih dalam kandungan ibunya.

Walau pun anak itu belum mampu berkata-kata atau melihat, namun dia dipercayai sudah boleh mendengar, merasai dan menerima gelombang perasaan dari ibunya atau orang-orang yang berhampiran.

Oleh yang demikian, ibu dan bapa digalakkan banyak menenangkan perasaan dengan membaca al-Quran, berzikir dan bertafakur.

Ayat-ayat suci yang dibacakan itu dapat mendamaikan hati ibu seterusnya membantu perkembangan jiwa murni anak.

Suara bacaan al-Quran juga mampu mendatangkan barakah dan rahmah dalam pembentukan anak.

Bahkan ada juga yang berpendapat pengaruh pengajaran yang terdapat dalam ayat-ayat al-Quran yang dialunkan itu mampu menyelinap masuk ke dalam sanubari janin, lantas membentuh potensi peribadi soleh sebagaimana terkandung dalam pengajaran ayat itu.

Sebab itulah, terdapat gesaan agar anak dalam kandungan tadi diperdengarkan bacaan Surah Luqman yang mengandungi pengajaran-pengajaran ke arah menjadi anak soleh, di samping surah-surah lain seperti Surah Al-Fatihah, Surah Al-Insyirah, Surah Al-Alaq, Surah Maryam dan Surah Yusuf.

Si ibu juga dianjurkan agar bertaubat dan membersihkan jiwa serta mengelakkan dari terjebak dalam maksiat dan lagha sepanjang mengandung.

Perasaan ibu perlulah damai. Jika tertekan, bayi boleh menjadi lemah.

Wujudkan suasana girang, gembira dan syukur. Elakkan kemuraman, pertengkaran dan kalimah-kalimah yang kotor.

Oleh itu peranan bapa selaku lelaki yang paling hampir dengan ibu amatlah penting.

Bahkan bapa disarankan juga perlu bergilir-gilir membaca al-Quran dan berzikir bagi menceriakan halwa telinga anak yang di dalam kandungan.

Harap kita semua boleh laksanakan, agar nanti kita dapat anak-anak yang soleh dan solehah - bukan anak-anak yang derhaka pada kita.

IkHlAsKaN hAtI

Isnin, 30 Mei 2011

0 comments

Indahnya sesuatu itu kerana indahnya kekuasaan Allah. Begitu banyak dalam kehidupan ini, jika kita semakin banyak belajar, semakin banyak yang kita tidak tahu. Luasnya ilmu Allah. Serta, dalam setiap tiap kebajikan yang kita kerjakan, Allah membelinya dengan berganda-ganda harganya.

Ikhlaskan hatimu.

Pernah sekali dalam pengalaman dari kehidupan, kebajikan yang kita lakukan haruslah bersifat ikhlas hanya semata-mata kerana Allah. Bunyi ayat yang sungguh simple, tapi ia sukar untuk dilaksanakan.

Berapa ramai dikalangan kita, mempelajari agama, membaca al quran dan menyebarkan dakwah hanya kerana Allah swt? Bunyi ayat yang sungguh simple, tapi ia sukar untuk dilaksanakan.

Mengapa?

Kerana ketika di akhirat kelak, Allah akan memanggil golongan ini dihadapan Allah untuk dihitung amalannya lalu diperlihatkan segala hadiah yang bakal diberikan di akhirat tetapi sebelum itu, Allah akan bertanya, "Apa yang telah engkau lakukan?"..lalu manusia itu berkata, "Aku mempelajari ilmu Islam dan mengajarkannya kepada orang lain serta selalu membaca al-Quran kerana Mu". Allah berfirman yg bermaksud, "Engkau berdusta. Yang sebenarnya engkau mempelajarinya supaya engkau dikatakan sebagai orang alim dan selalu membaca al Quran supaya engkau disebut sebagai qari dan engkau telah mendapatkan semua itu. Lalu Allah memerintahkan supaya malaikat diheret pada mukanya sehingga akhirnya dia dicampak kedalam api neraka.

Buah Lonjakkan

Ikhlaskan hatimu wahai manusia. Sekiranya terbiak didalam hatimu itu, secebis rasa ingin disanjung serta dipuji, ingatlah bahawa sanjungan dan pujian itu pasti akan datang kepada kita. Tetapi, jika kita benar-benar 0% bukan untuk disanjung dan dipuji, serta dilakukan hanya kerana Allah swt, sebuah nikmat kepuasan bakal diterima di dunia dan diakhirat.

Apalah yang ada didunia ini dengan hanya sekurap pujian dan sanjungan yang palsu jika dibandingkan dengan pujian Allah kepada kita diakhirat kelak. Sedarlah bahawa, dunia ini tempat kita berkebun, ibarat petani yang sedang membesarkan pohon-pohon yang mengeluarkan buah-buahan pahala, semakin besar pohon itu, semakin banyak buahnya.

Pahala menyebarkan dakwah semakin bertambah dan tidak sesekali berkurang. Alangkah ruginya jika hanya pujian manusia sahaja yang bertambah tetapi bukan pada pahalanya..

"Bila kita ikhlas dalam kehidupan, kita akan melihat dimensi dunia ini pada sudut yang berbeza"

KiSaH sEgUcI EmAs

0 comments

Sebuah kisah yang terjadi di masa lampau, sebelum Nabi kita Muhammad dilahirkan. Kisah yang menggambarkan kepada kita pengertian amanah, kezuhudan, dan kejujuran serta wara’ yang sudah sangat langka ditemukan dalam kehidupan manusia di abad ini.



Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah bersabda:



Ada seorang laki-laki membeli sebidang tanah dari seseorang. Ternyata di dalam tanahnya itu terdapat seguci emas. Lalu berkatalah orang yang membeli tanah itu kepadanya: “Ambillah emasmu, sebetulnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”



Si pemilik tanah berkata kepadanya: “Bahwasanya saya menjual tanah kepadamu berikut isinya.”



Akhirnya, keduanya menemui seseorang untuk menjadi hakim. Kemudian berkatalah orang yang diangkat sebagai hakim itu: “Apakah kamu berdua mempunyai anak?”



Salah satu dari mereka berkata: “Saya punya seorang anak laki-laki.”



Yang lain berkata: “Saya punya seorang anak perempuan.”



Kata sang hakim: “Nikahkanlah mereka berdua dan berilah mereka belanja dari harta ini serta bersedekahlah kalian berdua.”



Sungguh, betapa indah apa yang dikisahkan oleh Rasulullah ini. Di zaman yang kehidupan serba dinilai dengan materi dan keduniaan. Bahkan hubungan persaudaraan pun dibina di atas kebendaan. Wallahul musta’an.



Dalam hadits ini, Rasulullah mengisahkan, transaksi yang mereka lakukan berkaitan sebidang tanah. Si penjual merasa yakin bahwa isi tanah itu sudah termasuk dalam transaksi mereka. Sementara si pembeli berkeyakinan sebaliknya; isinya tidak termasuk dalam akad jual beli tersebut.



Kedua lelaki ini tetap bertahan, lebih memilih sikap wara’, tidak mau mengambil dan membelanjakan harta itu, karena adanya kesamaran, apakah halal baginya ataukah haram?



Mereka juga tidak saling berlomba mendapatkan harta itu, bahkan menghindarinya. Simaklah apa yang dikatakan si pembeli tanah: “Ambillah emasmu, sebetulnya aku hanya membeli tanah darimu, bukan membeli emas.”



Barangkali kalau kita yang mengalami, masing-masing akan berusaha cari pembenaran, bukti untuk menunjukkan dirinya lebih berhak terhadap emas tersebut. Tetapi bukan itu yang ingin kita sampaikan melalui kisah ini.



Hadits ini menerangkan ketinggian sikap amanah mereka dan tidak adanya keinginan mereka mengaku-aku sesuatu yang bukan haknya. Juga sikap jujur serta wara’ mereka terhadap dunia, tidak berambisi untuk mengangkangi hak yang belum jelas siapa pemiliknya. Kemudian muamalah mereka yang baik, bukan hanya akhirnya menimbulkan kasih sayang sesama mereka, tetapi menumbuhkan ikatan baru berupa perbesanan, dengan disatukannya mereka melalui perkawinan putra putri mereka. Bahkan, harta tersebut tidak pula keluar dari keluarga besar mereka. Allahu Akbar.



Bandingkan dengan keadaan sebagian kita di zaman ini, sampai terucap dari mereka: “Mencari yang haram saja sulit, apalagi yang halal?” Subhanallah.



Kemudian, mari perhatikan sabda Rasulullah dalam hadits An-Nu’man bin Basyir:



“Siapa yang terjatuh ke dalam syubhat (perkara yang samar) berarti dia jatuh ke dalam perkara yang haram.”



Rasulullah sudah menjelaskan pula dalam sabdanya yang lain:



“Tinggalkan apa yang meragukanmu, kepada apa yang tidak meragukanmu.”



Yakni tinggalkanlah apa yang engkau ragu tentangnya, kepada sesuatu yang meyakinkanmu dan kamu tahu bahwa itu tidak mengandung kesamaran.



Sedangkan harta yang haram hanya akan menghilangkan berkah, mengundang kemurkaan Allah, menghalangi terkabulnya doa dan membawa seseorang menuju neraka jahannam.



Tidak, ini bukan dongeng pengantar tidur.



Inilah kisah nyata yang diceritakan oleh Ash-Shadiqul Mashduq (yang benar lagi dibenarkan), yang Allah berfirman tentang beliau:



“Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Qur’an) menurut kemauan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).” (An-Najm: 3-4)



Kedua lelaki itu menjauh dari harta tersebut sampai akhirnya mereka datang kepada seseorang untuk menjadi hakim yang memutuskan perkara mereka berdua. Menurut sebagian ulama, zhahirnya lelaki itu bukanlah hakim, tapi mereka berdua memintanya memutuskan persoalan di antara mereka.



Dengan keshalihan kedua lelaki tersebut, keduanya lalu pergi menemui seorang yang berilmu di antara ulama mereka agar memutuskan perkara yang sedang mereka hadapi. Adapun argumentasi si penjual, bahwa dia menjual tanah dan apa yang ada di dalamnya, sehingga emas itu bukan miliknya. Sementara si pembeli beralasan, bahwa dia hanya membeli tanah, bukan emas.



Akan tetapi, rasa takut kepada Allah membuat mereka berdua merasa tidak butuh kepada harta yang meragukan tersebut.



Kemudian, datanglah keputusan yang membuat lega semua pihak, yaitu pernikahan anak laki-laki salah seorang dari mereka dengan anak perempuan pihak lainnya, memberi belanja keluarga baru itu dengan harta temuan tersebut, sehingga menguatkan persaudaraan imaniah di antara dua keluarga yang shalih ini.



Perhatikan pula kejujuran dan sikap wara’ sang hakim. Dia putuskan persoalan keduanya tanpa merugikan pihak yang lain dan tidak mengambil keuntungan apapun. Seandainya hakimnya tidak jujur atau tamak, tentu akan mengupayakan keputusan yang menyebabkan harta itu lepas dari tangan mereka dan jatuh ke tangannya.



Pelajaran yang kita ambil dari kisah ini adalah sekelumit tentang sikap amanah dan kejujuran serta wara’ yang sudah langka di zaman kita.



Adapun hukum masalah ini, maka para ulama berpendapat apabila seseorang menjual tanahnya kepada orang lain, lalu si pembeli menemukan sesuatu yang terpendam dalam tanah tersebut, baik emas atau yang lainnya, maka harta terpendam itu tidak menjadi milik pembeli dengan kepemilikannya terhadap tanah yang dibelinya, tapi milik si penjual. Kalau si penjual membelinya dari yang lain pula, maka harta itu milik orang pertama. Karena harta yang terpendam itu bukan bagian dari tanah tersebut.



Berbeda dengan barang tambang atau galian. Misalnya dia membeli tanah, lalu di dalamnya terdapat barang tambang atau galian, seperti emas, perak, atau besi (tembaga, timah dan sebagainya). Maka benda-benda ini, mengikuti tanah tersebut.



Kisah lain, yang mirip dengan ini, terjadi di umat ini. Kisah ini sangat masyhur, wallahu a’lam.



Beberapa abad lalu, di masa-masa akhir tabi’in. Di sebuah jalan, di salah satu pinggiran kota Kufah, berjalanlah seorang pemuda. Tiba-tiba dia melihat sebutir apel jatuh dari tangkainya, keluar dari sebidang kebun yang luas. Pemuda itu pun menjulurkan tangannya memungut apel yang nampak segar itu. Dengan tenang, dia memakannya.



Pemuda itu adalah Tsabit. Baru separuh yang digigitnya, kemudian ditelannya, tersentaklah dia. Apel itu bukan miliknya! Bagaimana mungkin dia memakan sesuatu yang bukan miliknya?



Akhirnya pemuda itu menahan separuh sisa apel itu dan pergi mencari penjaga kebun tersebut. Setelah bertemu, dia berkata: “Wahai hamba Allah, saya sudah menghabiskan separuh apel ini. Apakah engkau mau memaafkan saya?”



Penjaga itu menjawab: “Bagaimana saya bisa memaafkanmu, sementara saya bukan pemiliknya. Yang berhak memaafkanmu adalah pemilik kebun apel ini.”



“Di mana pemiliknya?” tanya Tsabit.



“Rumahnya jauh sekitar lima mil dari sini,” kata si penjaga.



Maka berangkatlah pemuda itu menemui pemilik kebun untuk meminta kerelaannya karena dia telah memakan apel milik tuan kebun tersebut.



Akhirnya pemuda itu tiba di depan pintu pemilik kebun. Setelah mengucapkan salam dan dijawab, Tsabit berkata dalam keadaan gelisah dan ketakutan: “Wahai hamba Allah, tahukah anda mengapa saya datang ke sini?”



“Tidak,” kata pemilik kebun.



“Saya datang untuk minta kerelaan anda terhadap separuh apel milik anda yang saya temukan dan saya makan. Inilah yang setengah lagi.”



“Saya tidak akan memaafkanmu, demi Allah. Kecuali kalau engkau menerima syaratku,” katanya.



Tsabit bertanya: “Apa syaratnya, wahai hamba Allah?”



Kata pemilik kebun itu: “Kamu harus menikahi putriku.”



Si pemuda tercengang seraya berkata: “Apa betul ini termasuk syarat? Anda memaafkan saya dan saya menikahi putri anda? Ini anugerah yang besar.”



Pemilik kebun itu melanjutkan: “Kalau kau terima, maka kamu saya maafkan.”



Akhirnya pemuda itu berkata: “Baiklah, saya terima.”



Si pemilik kebun berkata pula: “Supaya saya tidak dianggap menipumu, saya katakan bahwa putriku itu buta, tuli, bisu dan lumpuh tidak mampu berdiri.”



Pemuda itu sekali lagi terperanjat. Namun, apa boleh buat, separuh apel yang ditelannya, kemana akan dia cari gantinya kalau pemiliknya meminta ganti rugi atau menuntut di hadapan Hakim Yang Maha Adil?



“Kalau kau mau, datanglah sesudah ‘Isya agar bisa kau temui istrimu,” kata pemilik kebun tersebut.



Pemuda itu seolah-olah didorong ke tengah kancah pertempuran yang sengit. Dengan berat dia melangkah memasuki kamar istrinya dan memberi salam.



Sekali lagi pemuda itu kaget luar biasa. Tiba-tiba dia mendengar suara merdu yang menjawab salamnya. Seorang wanita berdiri menjabat tangannya. Pemuda itu masih heran kebingungan, kata mertuanya, putrinya adalah gadis buta, tuli, bisu dan lumpuh. Tetapi gadis ini? Siapa gerangan dia?



Akhirnya dia bertanya siapa gadis itu dan mengapa ayahnya mengatakan begitu rupa tentang putrinya.



Istrinya itu balik bertanya: “Apa yang dikatakan ayahku?”



Kata pemuda itu: “Ayahmu mengatakan kamu buta.”



“Demi Allah, dia tidak dusta. Sungguh, saya tidak pernah melihat kepada sesuatu yang dimurkai Allah.”



“Ayahmu mengatakan kamu bisu,” kata pemuda itu.



“Ayahku benar, demi Allah. Saya tidak pernah mengucapkan satu kalimat yang membuat Allah murka.”



“Dia katakan kamu tuli.”



“Ayah betul. Demi Allah, saya tidak pernah mendengar kecuali semua yang di dalamnya terdapat ridha Allah.”



“Dia katakan kamu lumpuh.”



“Ya. Karena saya tidak pernah melangkahkan kaki saya ini kecuali ke tempat yang diridhai Allah.”



Pemuda itu memandangi wajah istrinya, yang bagaikan purnama. Tak lama dari pernikahan tersebut, lahirlah seorang hamba Allah yang shalih, yang memenuhi dunia dengan ilmu dan ketakwaannya. Bayi tersebut diberi nama Nu’man; Nu’man bin Tsabit Abu Hanifah.